Perkhidmatan Mengadili Kejohanan
Lembaga Pengadil Persatuan Bola Tampar Amatur Kuala Lumpur (KLAVAREF) merupakan satu satunya lembaga pengadil yang bertauliah untuk menyediakan pengadil bagi sebarang perlawanan, kejohanan atau pertandingan bola tampar yang diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Permohonan boleh dibuat kepada Ketua, Biro Pertandingan dan Kejohanan Tempatan bagi memohon perkhidmatan mengadili perlawanan, kejohanan atau pertandingan bola tampar. Bayaran perkhidmatan pengadil dikenakan mengikut kategori dan tahap perlawanan atau kejohanan serta bergantung kepada jumlah pengadil yang terlibat serta jumlah hari perlawanan dilangsungkan.
Sila hubungi Ketua Biro Pertandingan dan Kejohanan Tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut (En Noor Ahmad Baba - 012 695 9765)


