Selamat Datang
Selamat datang diucapkan kepada semua yang melayari laman web ini. Anda mungkin bukan seorang pengadil bola tampar tetapi kehadiran anda amat dialu-alukan dan dihargai. Laman web ini diwujudkan bagi menyediakan maklumat berkaitan dengan pengadilan bola tampar khususnya dan permainan bola tampar itu sendiri secara amnya.
Permainan bola tampar telah lama wujud di Malaysia namun tidak ramai yang mengetahui apa yang terselindung di sebalik baju pengadil warna putih yang dipakai oleh para pengadil bola tampar.
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan undang-undang permainan bola tampar, kejohanan-kejohanan yang diadakan dan juga bagaimana untuk menjadi seorang pengadil bola tampar yang bertauliah.
Juga, sekiranya anda berhasrat untuk menganjurkan perlawanan atau kejohanan bola tampar samada di dalam dewan atau bola tampar pantai dan anda ingin menggunakan khidmat pengadil bola tampar bertauliah bagi mengadili perlawanan tersebut, anda bolehlah menghubungi pihak Lembaga pengadil KLAVA untuk berbincang lebih lanjut.
Selamat melayari laman web ini dan semoga anda mendapat manafaat daripadanya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Lembaga Pengadil KLAVA ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI” kepada semua ahli-ahli Lembaga Pengadil KLAVA dan juga semua peminat-peminat sukan bola tampar.
Kursus Pengadilan Bola Tampar Peringkat Negeri Kuala Lumpur 2009
Tarikh : 27, 28 & 29 Mac 2009 dan 4 & 5 April 2009
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Kolej Kediaman Ke-9, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Yuran : RM150 seorang (termasuk bahan kursus, sijil, minum pagi, makan tengahari dan minum petang
Pembayaran boleh dibuat dengan tunai, wang pos atau cek atas nama
“LEMBAGA PENGADIL KLAVA”
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Abd. Rahman Ahmad
Setiausaha Kehormat
Lembaga Pengadil KLAVA
187, Jalan 18/22
Tmn. Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor
No tel : 019-2485035
Email : ah_man64@yahoo.com


